Seorang penjenayah yang dikehendaki polis ditembak mati, dalam kejadian berbalas tembakan dengan sepasukan anggota polis yang menyerbu kediaman lelaki itu di sebuah kondominium Di Taman Salak Selatan, Kuala Lumpur dua hari lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu kassim berkata suspek melepaskan tembakan ke arah polis selepas sepasukan anggota dari bahagian Siasatan Khas D9 IPK Kuala Lumpur melakukan serbuan di unit kondominium didiami lelaki tempatan pada jam 10 malam.